
MALAYSIA
AHLI KUMPULAN
SULKCHANA RAMALU 15DPM16F1047
SHALINI SENTHAMIL SELVAN 15DPM16F1048
NISHALINY LOGANATHAN 15DPM16F1056
TAN SIN HOOI 15DPM16F1017
ARNISHA RAMESH 15DPM15F2020
VIMALA ARUNASALAM 15DPM16F1055
MAKSUD
![]() |
| KELUARGA BAHAGIA |
Keluarga bahagia datang daripada keluarga itu sendiri. Kita haruslah bertolak ansur sesama keluarga umtuk mewujudkan kekeluarga yang bahagia. Dengan itu,kita boleh mewujudkan kebahagian antara keluarga.
PENGENALAN
Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu.
Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung karena hubungan darah, hubungan perkawinan atau pengangkatan dan mereka hidupnya dalam suatu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan didalam perannya masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.(Menurut Salvicion dan Ara Celis).
Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahwa keluarga adalah :
- Unit terkecil dari masyarakat.Terdiri atas 2 orang atau lebih
- Adanya ikatan perkawinan atau pertalian darah
- Hidup dalam satu rumah tangga
- Di bawah asuhan seseorang ketua rumah tangga
- Berinteraksi diantara sesama anggota keluarga
- Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing
- Diciptakan, mempertahankan suatu kebudayaan.
Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu KELUARGA memberi maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala BAHAGIA pula bermaksud suasana tenang dan aman serta gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan beruma htangga, maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.
PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA
Sebagai seorang ibu bapa hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan mulia.
ISI PERTAMA
Ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.
--kerana anak-anak dibaratkan sehelai kain putih yang suci harus diwarnakan oleh ibu bapa.Anak-anak merupakan golongan yang paling memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk peribadi yang sempurna. Sebagai contohnya kerajaan telah mengisytiharkan hari sabtu sebagai cuti umum manakala pihak swasta telah memberi pelepasan kepada pekerja pada hari sabtu iaitu pada minggu pertama setiap bulan.Ibu bapa perlu mengambil kesepatan ini untuk membawa anak-anak pergi berkelah atau melawat tempat-tempat bersejarah di negara kita. Aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan membentuk keluarga yang penyayang.
ISI KEDUA
Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
-- kerana ibu bapa merupakan guru yang pertama dan paling penting dalam kehidupan anak-anak.
--Sebagia contoh, bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anak. Ibu bapa perlu saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat kebahagiaan antara kedua-dua orang ibu bapa, mereka akan meneladani sikap baik itu kerana bapa borek, anak rintik. Ekoran daripada itu, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali yang baik supaya anak-anak akan mengikut jejak langkah melahirkan keluarga yang bahagia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang penyayang.
ISI KETIGA
Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
--Ibu bapa perli melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak diatas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
--hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah. Selepas mendapat ilmu tersebut perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh kebahagiaan.
VIDEO
ISI KEEMPAT
Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
--Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak,supaya meraka yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa.
ISI KELIMA
Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral sejak kecil
--bagai meletur buluh biarlah daripada rebungnya. Pembentukan keluarga yang bahagia adalah sama seperti membina bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya disapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan keluarga bahagia yang mesti dumulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama yang kukuh.
--sebagai contoh, ibu bapa perlu mangajar anak-anak mengejarkan solat dan mendirikan ibadat. Selain itu, ibu bapa perlu mengalakkan anak-anak mendalami buku-buku agama sehingga mengenal erti agama dan Tuhan. Persefahaman dan perasaan tolak ansur dan kesabaran sesama ahli keluarga akan dibentuk.
PENUTUP
--Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedian berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga Impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.
FAKTOR PEMILIHAN ISU TERSEBUT

Faktor pemilihan isu keluarga bahagia pada zaman ini disebabkan:
Faktor Tidak bersedia berhadapan dengan masalah
--Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar
--ia juga perlu mengatasi berlandaskan pemikiran yang bijak.Jika seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan masalah maka sukar baginya ntuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Faktor Kemiskinan
--Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah keluarga tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan perubatan serta pengangkutan diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik. Sekiranya ketua keluarga yang tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan keluarga akan berhadapan dengan masalah rumah tangga. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain seperti penceraian dan keganasan rumah tangga.
Faktor mengabaikan perintah keagamaan
--Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian adalah satu kesilapan yang paling besar dan merugikan. Ini disebabkan agama adalah asas kepada kehidupan seseorangan manusia.Jika tidak melaksanakan dengan sempurna maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi.
STATUS ISU KELUARGA BAHAGIA DI MALAYSIA
Keluarga Bahagia adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Keluarga Bahagia juga menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Keluargayang mengalami bermasalah merupakan keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumah tangga akibat daripada masalah keluarga. Masalah-masalah yang mengalami dalam sebuah keluarga seperti:
- Penceraian ibu bapa
- penjagaan anak-anak
- konflik keluarga
Terdapat isu negatif yang sering berlaku di setiap ahli keluarga dan terdapat juga cara untuk membina keluarga bahagia. Terdapat beberapa faktor negatif iaitu hubungan anggota keluarga tidak harmoni. Hubungan yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian atau persetujuan pendapat,sikap dan perasaan antara satu sama lain. Suami tidakmenghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibubapa, dan Isu ini sering menjadi bahan perdebatan masalah keluarga kerana suami tidak adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak tidak berpuas hati.
TERDAPAT JUGA CARA-CARA UNTUK MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA
- Setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi
- menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah
- sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur
- tidak menyinggung perasaan ahli keluarga
- menjaga kebersihan dudalam dan di luar rumah
- mementingkan kesihatan dan keselamatan ahli keluarga
ANTARA CARA-CARA MENGHARGAI AHLI KELUARGA
- meraikan hari istimewa mereka seperti hari jadi,ulang tahun perkahwinan
- mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga
- memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah
ANTARA CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA
- menghormati mereka
- mentaati ibu bapa
- belajar bersungguh-
- sungguh
- melakukan perkara berfaedah dan berjaya dalam hidup
- menjaga mereka apabila mereka telah tua
VIDEO
CADANGAN KELUARGA BAHAGIA KEPADA PIHAK YANG BERWAJIB
--Ibu bapa merupakan pihak yang paling utama memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia.Hal ini kerana ibu bapa boleh merancang dan membuat tindakan untuk membolehkan keluarga mereka hidup bahagia. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak adab-adab dalam keluarga dan menasihati anak-anak dalam hal-hal yang berkaitan dengan tingkah laku. Selain itu, ibu bapa juga mesti memberikan pendidikan kepada anak-anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka. Anak-anak yang mendapat pendidikan yang secukupnya tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang kerap melanda remaja masa kini.
--Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi menjalankan program-program ke arah pembentukan keluarga bahagia. Pihak kerajaan juga boleh menjalankan Kempen Keluarga Bahagia melalui stesen televisyen dan radio yang dimilikinya.
--Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana, anak-anak merupakan ahli yang penting dalam sesebuah institusi keluarga. Anak-anak mesti menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain. Mereka juga mesti taat kepada suruhan ibu bapa.Di samping itu, anak-anak juga mesti mengamalkan nilai-nilai murni dalam keluarga. Anak--anak mesti bersikap jujur.Anak-anak juga melakukan perintah Tuhan iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada semua orang.
RUMUSAN
Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menggangotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil . Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.















